Posts

Showing posts from November, 2019

AKU SAHABATMU.

Alhamdulillah... Cerepen pertama (kedua sebenarnya) dinaikkan di Arkib Angker Negara. Pelbagai reaksi, malah komen boleh dilihat menggambarkan tahap kesedaran (tak signifikan pun sebab terlampau sedikit) tentang HIV dikalangan masyarakat Malaysia. Disini, aku lampirkan cerpen buat tatapan semua. InsyaAllah akan cuba hasilkan lebih banyak lagi. Orang kata pena juga berkuasa, bisa merubah dunia. Permudahkanlah untukku Ya Allah. AKU SAHABATMU (Karya Khas Tentang Kesedaran HIV) Penulis: Anonymous Blog: http://plhivconfidant.blogspot.com/ ======================= Di keheningan malam... Termenung ku berseorang... Tak lena mata dipejam... Terdengar suara terngiang... Suara merdu yang disayang.. Bagai kau di depan mata... Iskandar masih berjaga, matanya sukar sungguh untuk dilelapkan malam ini. Mungkin kesan sampingan ubat yang diambil setiap hari. Terkadang mata itu mudah dijinakkan, tapi malam ini bagaikan disendal batang lidi kelopak mata itu. Fikiran Iskandar merewan